Apa Itu Buasir

Buasir

Buasir

Buasir adalah pembengkakan luar biasa pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur, seperti vena varikos di kaki. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir dalaman atau buasir luaran. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Buasir Dalaman

Buasir dalaman selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ianya terdapat pada bahagian paling dalam di usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan kanser dan ianya haruslah dirawati.

Buasir Dalaman
Buasir Luaran

Buasir luaran, menyebabkan kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika buasir luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk di dalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. 

Buasir Luaran

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pusat Rawatan Buasir Sidaq (002025892-V)