Punca Buasir

Punca Penyakit Buasir

Punca buasir selalu dikaitkan dengan peningkatan tekanan saluran darah di dalam dan sekitar dubur. Tekanan ini akan menyebabkan radang dalam saluran darah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah orang mungkin lebih cenderung mendapat buasir seperti yang berikut:

1. Duduk Berterusan
2. Meneran (Ketika najis keras atau sembelit)
3. Cirit-birit
4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
5. Batuk yang teruk
6. Kehamilan
7. Bersalin
8. Mengangkat benda berat

Sebelum merawat sembelit, yang juga merupakan punca Buasir, ianya perlu dikaji atau diselidik terlebih dahulu. Kadang kala kanser atau ketumbuhan lain pada dinding usus atau diluarnya, melekit pada usus atau ketidak sempurnaan najis boleh menyebabkan sembelit kerana separuh daripadanya dihalang. Dalam sesetenggah kes, Hati dan Pundi Hempudu yang tidak berfungsi dengan sempurna, juga boleh menyebabkan usus bertindak perlahan. Bahagian hujung usus yang bermasalah boleh menyebabkan sembelit. Dengan itu pakar perubatan perlu mengkaji keadaan sebenar dengan berhati-hati. Kegagalan membuang air besar dan tekanan urat boleh menyebabkan sembelit. Ianya menjadi kebiasaan di kalangan kanak–kanak yang bersekolah dan mereka yang berkerja di tempat awam yang sering lambat untuk membuang air besar. 

Buasir dalaman adalah berbeza bagi setiap orang dan peringkat umur dan dari semasa ke semasa disebabkan oleh kekurangan kekerapan membuang air besar/sembelit boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan, sakit kepala, migrain dan pendarahan di dalam perut. Oleh yang demikian, langkah segera perlulah diambil oleh individu untuk mengatasi masalah ini.

Mengikut prinsip Siddha Ayurvedic, makanan dan minuman yang dipilih haruslah berdasarkan pada 3 humor (tenaga unsur) metabolisme badan. Kami akan memberi penerangan dan panduan kepada setiap individu mengenai pemakanan yang sesuai diambil dan pemakanan yang perlu dihindari. 

Wanita mengandung secara amnya, mengamalkan pemakanan tidak seimbang tanpa panduan yang sepatutnya sepanjang tempoh kehamilan boleh memyebabkan mereka mendapat beberapa jenis Buasir seperti Buasir berdarah dan bengkak. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada kami mengenai apa yang boleh dimakan dan yang perlu dihindari. Wanita hamil yang menerima rawatan daripada kami tidak perlu bimbang mengenai kesihatan bayi di dalam kandungan ibu kerana kami amat berhati-hati ketika menghadapi situasi seperti ini dengan memberi sukatan herba yang betul. Ubat-ubatan Ayurveda mengandungi asid retarn untuk peredaran darah bayi yang baru lahir, juga menambah kualiti susu ibu untuk bayi yang baru lahir dan untuk ibu yang hamil. Barangan ini adalah untuk kebaikan kedua-dua ibu dan bayi tanpa sebarang kesan sampingan daripada ubat yang di beri. Ibu mengandung perlu melawat kami untuk kesihatan yang lebih baik walaupun anda tidak mendapat Buasir.

Ia adalah penting bagi setiap wanita memberi perhatian khusus adalah dari segi kesihatan badan, minda dan juga jiwanya. Seorang wanita adalah diibaratkan seperti sebidang tanah subur, yang dibajai dan seterusnya membuahkan generasi hasil tanaman yang kuat dan sihat.

Oleh itu, sebelum seseorang wanita itu mengandung, mereka haruslah membuat perancangan hidup dimana, pemakanan yang seimbang haruslah dijaga dengan pengambilan vitamin, mineral dan zat galian yang bersesuaian dan mestilah menghindarkan diri daripada sembelit, buasir, masalah usus dan sebagainya.

Bayi yang berada dalam kandunagn ibu haruslah sihat dan aktif bagi menjalani hidup baru.

Walaupun seseorang wanita mengandung itu hanya mengalami sembelit pada awalnya, tetapi ia juga boleh membawa kepada buasir serta mengakibatkan komplikasi dan menjejaskan kualiti bayi didalam kandungan.

Sikap tidak mengambil tahu dan perasaan malu untuk meluahkan masalah tersebut kepada ahli keluarga atau pakar perubatan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik, psychosomatik, kanser usus dan pelbagai penyakit lain bergantung kepada metabolisme badan setiap individu tersebut.

Oleh itu, sebanyak mana perhatian yang anda berikan pada pendidikan, kecantikan, dan sebagainya, sebanyak itulah anda harus memberi perhatian dan kepentingan pada kesihatan diri anda sendiri dan juga mengambil kira segala aspek ini dan membuat perancangan kekeluargaan bersama suami terlebih dahulu sebelum merancang kehamilan.

Penjagaan kesihatan selepas melahirkan bayi juga, adalah amat penting untuk mengelakkkan terjadinya buasir dan sama-sama menghindarinya.

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pusat Rawatan Buasir Sidaq (002025892-V)